Kolesterol!
Satu nama yang sangat popular bagi mereka yang mementingkan penjagaan
kesihatan. Umum tahu paras kolesterol yang tinggi memberi impak kepada
kesihatan terutama kesihatan kardiovaskular.
Sebelum itu, mari kita kenali apakah kolesterol ni sebenarnya.
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan oleh hati dan dari
makanan kita, yang berfungi dalam metabolisma sel. Setiap sel kita
mempunyai kolesterol pada bahagian membran luarnya.
Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah
dan mengakibatkan strok. Namun tahukah anda ketidakseimbangan kolesterol
(LDL>HDL) memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan selular.
Sel yang sihat memerlukan kolesterol baik (HDL) diperlukan oleh sel
untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma.
Manakala kolesterol tak baik (LDL) merosakkan fungsi tersebut.
Lain-lain fungsi kolesterol:
- Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
- Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
- Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
- Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.
- Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
- Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
- Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
- Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
Namun begitu, berikut adalah kesan-kesan apabila paras kolesterol tinggi (melebihi 5mmol/liter)
- Strok
- Serangan jantung
- Penyempitan arteri
- Darah tidak mengalir dengan baik
Cara untuk mengawal dan menurunkan paras kolesterol:
- JAGA PEMAKANAN & NUTRISI – Sebenarnya, makanan sebenar yang mengadungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita, namun pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses meningkatkan kadar kolesterol. Jadi, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti.
- LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL – Individu yang kurang bergerak (bersenam) memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL. Jadi, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar naik turun tangga.
- TURUNKAN BERAT BADAN – Mereka yang mempunyai masalah berat badan (obes) berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.
- JAUHI ROKOK DAN ALKOHOL – Macamana pun kedua-duanya pun tidak elok diamalkan malah haram di sisi agama Islam.
Jagalah kesihatan kita, badan yang sihat menjadikan fikiran kita
lebih mantap, dan mudah untuk beribadah dan berfikir untuk kesejahteraan
ummah.
Dapatkan Vita-E Complex untuk sumber tocopherol anda, insya-Allah telah digunakan dalam penurunan kolesterol secara drug-free.
No comments:
Post a Comment